9.09.2009

Skim Rondaan Sukarela KRT Sungai Kechil Ilir

Pendahuluan:
* SRS-adalah satu skim yang dipohon oleh penduduk dibawah peraturan 27A.
Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975) Pindaan 1988

*SRS diurus sendiri oleh AJK/KRT yang bertindak sebagai Jawatankuasa SRS dan hanya boleh dilaksanakan oleh peserta seramai tidak kurang dari 20 orang penduduk secara sukarela. Secara sukerela bagi melaksanakan rondaan di sebahagian atau seluruh kawasan KRT yang digazetkan. Misalnya KRT Sungai Kechil Ilir boleh memulakannya. * Tujuan SRS ialah menjadi tulang belakang semua aktiviti KRT kerana ia boleh mencegah kejadian jenayah & Gejala sosial yang negatif . Selain itu ianya boleh mengeratkan tali silatulrahim antara penduduk setempat dan mengenali jiran lebih dekat. Penyertaan: * Perlu mengisi Borang 6 dan Borang 7 * Peralatan ronda seperti: vest,wisel,cota,lampu picit,baju hujan di bekalkan. * Untuk Makluman Pengarah SRS ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara (JPN). Pusat Operasi Rondaan: *Perlu ada sebuah tempat operasi seperti di: Balai,Pusat,Dewan,Pos Kawalan,Rumah Ahli SRS atau ditempat yang dirasakan sesuai dan dibenarkan oleh Pengarah *Pusat Operasi perlu ada: Buku Rekod kedatangan,Daftar Pemastautin Sukarela,Buku Rekod Rondaan,Kotak Pertolongan Cemas dan peralatan perlu untuk rondaan. Tujuan Rondaan: -Membantu membendung,mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif. -Membantu pihak Polis menangkap penjenayah dan menyerahkannya kepada Polis. -Memberi perlindungan nyawa dan harta benda. -Membantu menguatkuasakan undang-undang jika diminta oleh pengarah. Tugas Rondaan: -Rondaan 2 cara-kereta atau berjalan -Tidak kurang dari 3 orang -Peronda perlu mendapat jadual rondaan dahulu Tanggungjawab Jawatankuasa SRS: -Menyediakan daftar butiran peribadi pemastautin SRS. -Membuat roster rondaan. -Hantar salinan roster ke JPN/Polis -Mempamerkan roster Rondaan di Pusat Rondaan. -Memilih seorang ketua kumpulan rondaan. -Menyusun rondaan. -Mendapatkan surat/kad kuasa SRS. -Menyediakan peralatan rondaan. -Mendapat sumber kewangan bagi perbelanjaan SRS. -Memberi maklumat yang dikendaki oleh Pengarah/Polis. -Menyedia dan mengemukakan lapuran bulanan rondaan ke JPN. Pusat SRS: -Boleh menerima aduan dan mencatatkan aduan penduduk. -Memaklumkan kepada Jawatankuasa SRS. -Menerima arahan Jaawatankuasa SRS. -Merujuk kepada Balai Polis yang berhampiran -Merujuk kepada Pengarah JPN. -Bekerjasama dengan agensi lain/NGO’s,Penguatkuasa undang-undang. Maklumat lanjut hubungi: Pengerusi RT: En. Abdul Hamid Bin Hj. Bakar : 013-3398535 S/usaha: 013-4259018 (Zaid) P/Setiausaha: 019-4224637(Mohd Fuazi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan