12.04.2009

Karnival Perpaduan KRT Sungai Kechil ILir

Dijemput seluruh warga Sungai Kechil Ilir untuk hadir ke Karnival Perpaduan KRT Sungai Kechil Ilir Yang akan diadakan pada:-
Tarikh: 06hb. Disember 2009/19 Zulhijjah 1430
Tempat: Dewan MDBB Sungai Kechil Ilir
Jam : 8.00 pg Hingga 4.00ptg
Berbagai-bagai acara dan hadiah disediakan dari acara Prasekolah/Tadika hinggalah Jiran Usia Emas termasuk Sarapan Pagi dan Makan Tengahari (Kenduri Kampung).

10.13.2009

Mesyuarat AJK KRT Sungai Kechil Ilir,Bandar Baharu,Kedah.

Kepada: Ahli Jawatankuasa KRT Sungai Kechil Ilir

Tuan/Puan,

MESYUARAT AJK KRT SUNGAI KECHIL ILIR

Sehubungan dengan perkara diatas,dengan ini saya menjemput tuan/puan AJk KRT Sungai Kechil Ilir untuk hadir pada Mesyuarat AJK KRT Sungai Kechil Ilir yang akan diadakan pada:-

Tarikh:23hb November,2009
Jam : 8.30 Malam
Tempat: Dewan PPRT Keda,Sungai Kechil Ilir

Kehadiran tuan/puan Ajk KRT adalah diwajibkan.

Sekian,

Terima kasih,

Saya yang menjalankan amanah,


ABU ZAID BIN ABDULLAH

SETIAUSAHA

9.12.2009


Jawatankuasa KRT Sungai Kechil Ilir mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga Sungai Kechil Ilir,Bandar Baharu,Kedah.Zaaf Zahir dan Batin...

9.09.2009

Pengertian Logo Rukun Tetangga


Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.

Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.

Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu

Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab

5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.

2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.

Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.

Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.

Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.

Skim Rondaan Sukarela KRT Sungai Kechil Ilir

Pendahuluan:
* SRS-adalah satu skim yang dipohon oleh penduduk dibawah peraturan 27A.
Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975) Pindaan 1988

*SRS diurus sendiri oleh AJK/KRT yang bertindak sebagai Jawatankuasa SRS dan hanya boleh dilaksanakan oleh peserta seramai tidak kurang dari 20 orang penduduk secara sukarela. Secara sukerela bagi melaksanakan rondaan di sebahagian atau seluruh kawasan KRT yang digazetkan. Misalnya KRT Sungai Kechil Ilir boleh memulakannya. * Tujuan SRS ialah menjadi tulang belakang semua aktiviti KRT kerana ia boleh mencegah kejadian jenayah & Gejala sosial yang negatif . Selain itu ianya boleh mengeratkan tali silatulrahim antara penduduk setempat dan mengenali jiran lebih dekat. Penyertaan: * Perlu mengisi Borang 6 dan Borang 7 * Peralatan ronda seperti: vest,wisel,cota,lampu picit,baju hujan di bekalkan. * Untuk Makluman Pengarah SRS ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara (JPN). Pusat Operasi Rondaan: *Perlu ada sebuah tempat operasi seperti di: Balai,Pusat,Dewan,Pos Kawalan,Rumah Ahli SRS atau ditempat yang dirasakan sesuai dan dibenarkan oleh Pengarah *Pusat Operasi perlu ada: Buku Rekod kedatangan,Daftar Pemastautin Sukarela,Buku Rekod Rondaan,Kotak Pertolongan Cemas dan peralatan perlu untuk rondaan. Tujuan Rondaan: -Membantu membendung,mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif. -Membantu pihak Polis menangkap penjenayah dan menyerahkannya kepada Polis. -Memberi perlindungan nyawa dan harta benda. -Membantu menguatkuasakan undang-undang jika diminta oleh pengarah. Tugas Rondaan: -Rondaan 2 cara-kereta atau berjalan -Tidak kurang dari 3 orang -Peronda perlu mendapat jadual rondaan dahulu Tanggungjawab Jawatankuasa SRS: -Menyediakan daftar butiran peribadi pemastautin SRS. -Membuat roster rondaan. -Hantar salinan roster ke JPN/Polis -Mempamerkan roster Rondaan di Pusat Rondaan. -Memilih seorang ketua kumpulan rondaan. -Menyusun rondaan. -Mendapatkan surat/kad kuasa SRS. -Menyediakan peralatan rondaan. -Mendapat sumber kewangan bagi perbelanjaan SRS. -Memberi maklumat yang dikendaki oleh Pengarah/Polis. -Menyedia dan mengemukakan lapuran bulanan rondaan ke JPN. Pusat SRS: -Boleh menerima aduan dan mencatatkan aduan penduduk. -Memaklumkan kepada Jawatankuasa SRS. -Menerima arahan Jaawatankuasa SRS. -Merujuk kepada Balai Polis yang berhampiran -Merujuk kepada Pengarah JPN. -Bekerjasama dengan agensi lain/NGO’s,Penguatkuasa undang-undang. Maklumat lanjut hubungi: Pengerusi RT: En. Abdul Hamid Bin Hj. Bakar : 013-3398535 S/usaha: 013-4259018 (Zaid) P/Setiausaha: 019-4224637(Mohd Fuazi)

Jawatankuasa KRT Sungai Kechil Ilir 2009-2010

Pengerusi : En.Abdul Hamid Bin Hj. Bakar
Tim.Pengerusi : En. Yahya Bin Ibrahim
Setiausaha : En. Abu Zaid Bin Abdullah
Pen.Setiausaha : En.Mohd Fuazi Bin Mohamad
Bendahari : En. Amir Bin Hj. Hamzah

Ahli Jawatankuasa
En. Marzhuki Bin Yahya
Pn. Rosmi Binti Abu Bakar
En. Abdul Rahim Bin Bahak
En. Md. Sa'ad Bin Taib
En. Hasrul Nizam Bin Hj. Ariffin
En. Yusof Bin Zainul @ Che Dan
En. Roslan Bin Jamaludin
En. Mohd Munir Bin Hj. Hamzah
En. Khairul Bahar Bin Hashim
En. Ahmad Faizal Bin Md. Desa
Pn. Zunaidah Binti Kamis
Pn. Che Siah Binti Mat Jahaya
En. Azizan Bin Ahmad
Pn. Lismaliza Binti Mat Jenan
Pn. Rohana Binti Hashim
Pn. Hasnah Binti Hashim
En. Manshor Bin Ahmad
Pn. Siti Salmiah Binti Othman
En. Moh Zainol Bin Saad
Pn. Rosidah Binti Abd Hamid